Pages

Jun 12, 2011

Sambal Selipar

Time bulan puasa, kalau kamu orang nak beli juadah berbuka kat bazar Ramadhan gerai mana menjadi pilihan? Adakah gerai yang ramai orang atau gerai yang orang sikit - sikit je? Maksud orang kat sini adalah pelanggannya bukan lah jumlah orang yang pura-pura berkumpul seperti berkerumunnya orang kat penjual ubat kat Jalan Masjid India. Kerna bagi aku, orang yang berkumpul dekat para penjual ubat cumalah pura-pura sahaja mahu membeli tapi hakikatnya tidaklah seperti itu, berbalik pada persoalan tadi, anda dalam jenis kategori yang mana? pergi gerai yang ramai orang, atau yang tidak ramai orang? Berdasarkan pengamatan aku, kalau di Bazar Ramadhan sudah pastilah gerai yang ramai orang berkunjung menjadi pilihan. Ini kerana boleh jadi orang ramai berkunjung ke gerai itu kerana juadah yang dijual adalah sedap (sebab itulah orang ramai agaknya). Jadi, setelah membebel tak tentu hala, aku ingin menceritakan kisah dari kawan aku mengenai pengalamannya membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan. Ok, let's roll!!


Kawan aku ini bukanlah seorang yang gemar pergi ke Bazar Ramadhan pun. Tapi pada hari itu, hati dia tergerak pulak nak pergi ke Bazar Ramadhan, kononnya nak merasai suasana membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan. Maka, pada petang itu selepas habis bergeraklah kawan aku tadi tu (aku bagi nama lah senang sikit nak tulis, G) dan kawan beliau menuju ke Bazar Ramadhan yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Setibanya mereka di sana, G dan kawannya ini mulalah mencari sebuah gerai yang best untuk dibeli akan juadah berbuka puasa pada petang itu. Maka berkatalah kawan G tadi,

"Bro, ko nak makan apa petang ni?"
"Aku tak kisah, tapi kalau dapat sambal daging masak kicap pun best petang-petang ni"
"Beres. Hah, tu ada kedai jual sambal daging! Jom!
"Ah, ramai orang tu!"
"Kalau kau nak tahu, ramai orang tu maksudnya makanan dia sedap"
"Ooo, Ok!Ok!"

Maka, beraturlah budak dua orang tadi dekat gerai yang dimaksudkan tadi. Jadi untuk menambahkan lagi perisa cerita ini aku berilah gerai itu nama 'Gerai Sambal Daging Meletop' Memang petang itu, sangat ramai orang yang berkunjung kat Gerai Sambal Daging Meletop menyebabkan G dan kawannya terpaksa menunggu agak lama sebelum dapat membeli sambal daging masak kicap idaman hati. Selepas membeli air tebu dan juga murtabak, mereka pun pulanglah ke rumah untuk bersiap-siap sebelum masuknya waktu berbuka puasa. Maka apabila bilal kat televisyen mengalunkan azan Maghrib menandakan masuknya waktu berbuka bagi rumah mereka dan kawasan yang sewaktu dengannya. Setelah minum air tebu dan beberapa butir kurma yang diambil dari masjid semalam, G terus mencedok nasi dan bubuh sambal daging ke dalam pinggannya.

"Weh, G. Murtabak nak makan bila? Ko terus santak nasi je"
"Ala, karang lepas terawih kita sentak la tengah layan DVD. Macam best jer samabal ni dow"
"A'ah, ye yak ye jugak. Aku rasa pun macam tu lah. Jom kita santak!"

Selepas beberapa ketika.

"Eh, pehal lihat bebeno daging ni?"
"Yelah. Liat semacam jer"
"Ko pun sama ker? Try yang lain pulak.... Aik? Sama je liatnyer"
"Dia punya liat ni tak sama macam daging dow"
"Jom kite try basuh tengok apa macam."

Maka, pergilah budak berdua tu ke sinki dan membasuh semua daging yang dibeli tadi.

"Wei, ni bukan daging tapi selipar la!!!"
"Ah, siot!! Potong stim betul lah. L*****t punya tokei. Dijualnya selipar buat sambal. Haram J betullah!!"
"AAAAAHHHHHHHHH!!!!!!!!!!"

Macam ni lah diorang marah agaknya (kredit: Google)
 Petang esoknya, budak dua orang itu pergi semula dekat Gerai Sambal Daging Meletop dan seperti dijangka tiadalah gerai itu kat Bazar Ramadhan itu. Mungkin tokeynya sudah pergi tempat lain untuk menjual 'Sambal Selipar'nya di tempat lain pula. Jadi, kamu orang kat luar sana, kalau nak membeli juadah berbuka kat Bazar Ramadhan gerai yang ramai orang itu tak semestinya sedap bahkan boleh jadi mereka pun menjual juadah pelik-pelik juga. Hahaha!!! Ok, sambal berjumpa lagi. Eh? Maksud aku, sampai berjumpa lagi.

Adakah ini sambal selipar yang dimaksudkan kawan aku itu? (kredit: Google)
p/s : Welcome to Alcatraz!!

0 tukang komen:

Post a Comment