Pages

Jun 22, 2011

Hackers: Ancaman atau Peringatan



1. Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita godaman besar-besaran pada 15 jun 2011 ke atas laman web kerajaan dan laman web persendirian


2. Ada yang kata pihak anonymous bertanggungjawab, ada yang kata orang Malaysia yang godam dan tak kurang yang berpendapat orang dalaman yang bertanggungjawab ke atas serangan ini.

3. Serangan ini #opMalaysia ada siri kedua pula pada 4 Julai 2011 ni. Ini adalah seperti sebuah filem kerana episod satunya endingnya adalah tergantung.

4. Oleh kerana serangan adalah berangkai, serangan-serangan ini boleh diberi nama seperti opMalaysia Episode 1: The Hackers' Menace dan opMalaysia Episode 2: The Hackers Wars. Kalau ada siri ke-3, bagilah nama opMalaysia Episode 3: Revenge of The Hackers.

5. Godaman besar-besaran ini berlaku setelah SKMM menyekat akses ke 10 laman web perkongsian fail yang popular. Alasan mereka kerana laman-laman web ini melanggar Akta Hak Cipta 1987.

6. "Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan. Istilah ini biasanya membawa konotasi handal, tetapi boleh jadi bagus atau buruk bergantung kepada konteks budaya" - Wikipedia

7. Hackers terbahagi kepada dua kategori, golongan, kumpulan, atau kultus iaitu White Hat dan Black Hat

8. Dalam bab serang-menyerang ini, aku berpendapat apa saja tujuan mereka kita haruslah beringat bahawa internet bukanlah selamanya selamat walau apa cara sekali digunakan.

9. Janganlah kita berlagak pandai pada perkara yang tidak pakar. Walau sehebat mana kita pun, ada lagi yang lebih hebat dari kita.

10. Janganlah kita godam laman web kerajaan Malaysia. Kalau nak godam sangat, godamlah laman web kerajaan lain. Baru nampak macam penggodam sejati. #sarcasm

11. Janganlah kita menerima kata-kata orang lain secara bulat-bulat. Selidiki dahulu kebenaran di sebaliknya.

Itulah sahaja pandangan aku tentang kes hackers ini. Kamu orang pula fikir macam mana?

p/s: Hey, what's a fire sale? It's a three-step... it's a three-step systematic attack on the entire national infrastructure. Okay, step one: take out all the transportation. Step two: the financial base and telecoms. Step three: You get rid of all the utilities. Gas, water, electric, nuclear. Pretty much anything that's run by computers which... which today is almost everything. So that's why they call it a fire sale, because everything must go.#Die Hard 4.0

0 tukang komen:

Post a Comment