Pages

Jun 22, 2011

Hackers: Ancaman atau Peringatan



1. Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita godaman besar-besaran pada 15 jun 2011 ke atas laman web kerajaan dan laman web persendirian

Jun 12, 2011

Sambal Selipar

Time bulan puasa, kalau kamu orang nak beli juadah berbuka kat bazar Ramadhan gerai mana menjadi pilihan? Adakah gerai yang ramai orang atau gerai yang orang sikit - sikit je? Maksud orang kat sini adalah pelanggannya bukan lah jumlah orang yang pura-pura berkumpul seperti berkerumunnya orang kat penjual ubat kat Jalan Masjid India. Kerna bagi aku, orang yang berkumpul dekat para penjual ubat cumalah pura-pura sahaja mahu membeli tapi hakikatnya tidaklah seperti itu, berbalik pada persoalan tadi, anda dalam jenis kategori yang mana? pergi gerai yang ramai orang, atau yang tidak ramai orang? Berdasarkan pengamatan aku, kalau di Bazar Ramadhan sudah pastilah gerai yang ramai orang berkunjung menjadi pilihan. Ini kerana boleh jadi orang ramai berkunjung ke gerai itu kerana juadah yang dijual adalah sedap (sebab itulah orang ramai agaknya). Jadi, setelah membebel tak tentu hala, aku ingin menceritakan kisah dari kawan aku mengenai pengalamannya membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan. Ok, let's roll!!